Berita oleh Hj. Mohd Mahful Bin Hj. Rosmin
Penghakiman pertandingan Anugerah Desa Perdana peringkat daerah Sabak Bernam telah diadakan pada 26 April 2017. Kampung kami adalah mendapat undian pertama diadili seperti biasanya kami bersedia menyambut kehadiran hakim dan para penilai dari berbagai ajensi yang terdapat di daerah Sabak Bernam.
Dalam daerah Sabak Bernam ini terdapat dua kawasan parlimen iaitu Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Sabak. Penyertaan kampung yang bertanding ada tiga sahaja iaitu Kampung Batu 23 Sungai Nibong dari Parlimen Sungai Besar dan dari Parlimen Sabak disertai oleh Kampung Air Manis dan Kampung Parit Baru Pekan.
Kampung yang berjaya memenangi pertandingan ini akan menjadi wakil ke pertandingan peringkat negeri dan sekiranya berjaya di peringkat negeri akan mewakili negeri ke peringkat kebangsan . SEMOGA BERJAYA.